KUALA
LUMPUR: Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan
gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan
gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu. Bayaran
bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan
Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian
bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah
bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib
yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan
Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan
minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500
bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pemberian bonus terbabit diharap dapat mengurangkan beban
penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim
persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA - (inti pati belanjawan 2013)
No comments:
Post a Comment