SKTM 19 November 2012.
Kehadiran murid tahun 6/2012 dengan ditemani ibu-bapa sejak awal pagi
untuk mengambil keputusan UPSR nyata tidak menghampakan merekaUPSR 2012
diumumkan sendidri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM
mulai jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Pada majlis tersebut juga Murid
Gemilang 5A diraikan dengan menerima kek daripada salah seorang warga
pendidik SKTM. Mereka turut menerima hadiah RM100 setiap seorang
daripada PIBG SKTM. Namun demikian, penyampaiannya ditangguhkan dan akan
disampaikan pada hari Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah yang akan
berlangsung pada 29 Disember 2012. Berikut adalah ringkasan keputusan
UPSR 2012 :
1. Calon 5A seramai 10 orang.
2. Calon 4A1B seramai 9 orang.
3. Calon 3A2B seramai 11 orang.
4. Peratus lulus ABC BM Pemahaman - 96.1%
5. Peratus lulus ABC BM Penulisan - 88.4%
6. Peratus lulus ABC Bahasa Inggeris - 90.3%
7. Peratus lulus ABC Matematik - 79.6%
8. Peratus lulus ABC Sains - 85.4%
SELURUH WARGA SK TELUK MEDAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2012. ( lihat foto )
No comments:
Post a Comment