SKTM Jumaat 9 November 2012.
9 November 2012 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh
sebahagian besar warga SK Teluk Medan kerana mulai 10 November 2012
sekolah akan bercuti selama sebulan setengah. Warga SKTM telah mula
merancang-rancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang percutian
tersebut. Bagi Pn.Piariene, hari ini merupakan hari terakhir beliau
berkhidmat di SK Teluk Medan. Beliau akan mula berkhidmat di SK Kampung
Selamat, Pulau Pinang mulai sesi persekolahan 2013. Sementara itu,
Majlis Penutupan Minggu ICT 2012 berlangsung mulai jam 7.40 pagi. Pada
majlis tersebut, pemenang bagi pertandingan yang berlangsung sepanjang
Minggu ICT 2012 menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Tn.Hj.Hamid b.
Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Telok Medan. Selamat bercuti.
Tunaikan tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara sebaik
mungkin. (foto minggu ICT)
No comments:
Post a Comment