Thursday, February 28, 2013

MAJLIS PERSARAAN PN.HJH.ROMLAH BT. SALLEH




SKTM Khamis 28 Februari 2013.
28 Februari 2013 pasti menjadi nostalgia kepada Pn.Hj.Romlah bt. Salleh apabila diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang sempena hari terakhir perkhidmatan beliau. Pn.Hjh.Romlah bersama suami dah ahli keluarga diarak ke Dewan SKTM dengan paluan kompamg dan bunga manggar. Selepas menyampaikan ucapan terakhir, Pn.Hj.Romlah bersama suami dan ahli keluarga dijemput ke pentas untuk memotong kek hari jadi beliau yang ke-56. Watikah persaraan Pn.Hj.Romlah bt. Salleh disampaikan oleh En.Khak Salim b. Mohamad, Penyelia Sekolah Rendah yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.Pn.Hjh.Romlah telah berkhidmat sebagai guru selama 33 tahun manakala mula berkhidmat di SK Teluk Medan mulai tahun 2006 sebagai PK HEM dan kemudiannya menjawat sebagai PK Pentadbiran sehingga tarikh persaraannya.  Majlis turut diserikan dengan persembahan boria dan nyanyian oleh anak-anak SK Teluk Medan. Turut hadir pada majlis persaraan tersebut ialah Pn.Ruziana Ariffin (Penolong PPD BI), Ustaz Musa (NYDP PIBG SKTM), Tn.Hj.Abd.Rahim b. Layang (suami Hjh.Romlah), rakan-rakan PK Pentadbiran SR, bekas guru dan kakitangan SKTM dan ahli keluarga Pn.Hjh.Romlah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Galeri Video.
Galeri foto 1
Galeri foto2

Saturday, February 23, 2013

STRIVE FOR EXCELLENT UPSR 2013

SKTM Sabtu 23 Februari 2013.
Program Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR yang bertemakan ' Strive For Excellent ' berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pada program berkenaan, calon UPSR 2013 didedahkan tentang kertas peperiksaan bahasa Inggeris UPSR dan teknik menjawab kertas berkenaan. Sesi program dimulakan dengan 'Motivational Talk' yang disampaikan oleh Pn.Hidayat Azimah bt. Suhaimi, PK Kokurikulum SKTM manakala sesi seterusnya dikendalikan oleh Sir Ash dan Teacher Siti Zuraidah. Program Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR dirancang dan dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Inggeris SKTM dengan bantuan guru-guru lain. Perasmian penutup Program Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar segala usaha guru dihargai oleh murid dengan membuktikan kejayaan yang cemerlang pada UPSR 2013 nanti. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan calon UPSR 2013 yang menjayakan program berkenaan.
( lihat foto )

Tuesday, February 19, 2013

PEMANTAUAN JABATAN PELAJARAN PERAK 2013



SKTM Selasa 19.02.2013
En.Dzulkifli b. Supin, Ketua Penolong Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak bersama rombongan hadir ke SK Teluk Medan bagi pemantauan pengurusan akademik SKTM 2013. Antara perkara yang diberi perhatian ialah Dasar MMI, program peningkatan akademik khususnya bagi mata pelajaran sains, perlaksanaan Program i-THINK, pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan prasarana sekolah. Setelah mendengar taklimat program kecemerlangan akademik SKTM dari Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM, En.Dzulkifli Supin dan rombongan dibawa melawat ke Makmal Sains dan kelas-kelas untuk memantau perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran Sains. Pada sesi pemantauan tersebut, Pn.Zurina bt, Mat Som, Penyelia Kurikulum Sains JPN mengambil kesempatan mengadakan beberapa demontrasi ujikaji sains kepada guru-guru dan murid SKTM melalui Program KARAVAN SAINS. Akhir pemantauan, guru besar dan guru-guru kanan diberi taklimat ringkas hasil pemantauan serta beberapa penambahbaikan kepada program peningkatan akademik sekolah. Turut hadir pada sesi pemantauan tersebut ialah En.Muhammad Khalil b. Abdullah, Penolong PPD Matematik Sains SR dan Pn.Roziana Ariffin, Penolong PPD BI SR PPD Kerian. ( lihat foto )

Monday, February 18, 2013

PERHIMPUNAN MINGGU KE-8/2013

 
SKTM Isnin 18.02.2013.
Perhimpunan mingguan minggu ke-8/2013 diisi dengan penyampaian watikah perlantikan pengawas pusat sumber SKTM bagi sesi 2013. Watikah disampaikan oleh Ustaz mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar warga SK Teluk Medan menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat sumber semaksima mungkin bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Pada perhimpunan mingguan tersebut juga, Sir Ash selaku guru pemandu Program i-THINK mengambil kesempatan untuk menerangkan satu lagi jenis peta mindan dan kegunaan peta minda kepada warga SKTM iaitu Peta Buih Berganda  ( Double Burble Map ).

Sunday, February 17, 2013

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2013

SKTM Sabtu 16.02.2013.
Kem Bestari Solat Siri 2/2013 berlangsung mulai jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Kem kali ini melibatkan murid tahun 1 selepas tahun 6 yang telah berlangsung 2 minggu lalu. Antara pengisiannya ialah mendedahkan tentang perkara asas sebelum menunaikan solat iaitu bersuci dan berwuduk serta kafiat dan bacaan dalam solat. Kem Bestari Solat Siri 2/2013 dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF SK Teluk Medan. 

Thursday, February 7, 2013

KEJOHANAN MEMANAH MSSD KERIAN BAWAH 12 TAHUN 2013




SK TELUK MEDAN Khamis 07.02.2013.
Kejohanan Memanah MSSD Kerian Bawah 12 Tahun berakhir sehari lebih awal dari tarikh yang disasar. Pada kejohanan tersebut, SK Seri Kerian telah menjadi johan keseluruhan bagi kategori lelaki manakala tempat ke-2 disandang oleh SK Matang Gerdu dan tempat ke-3 oleh peserta dari SK Teluk Medan. Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama disandang oleh peserta dari SK Matang Gerdu manakala tempat ke-2 oleh SK Bukit Merah dan tempat ke-3 oleh SK Seri Kerian. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En.Sahibul Azhar, Pengerusi Teknik Kejohanan Memanah MSSD Kerian Bawah 12 Tahun. Tahniah kepada para peserta yang berjaya dan SK Teluk Medan sebagai penganjur kejohanan. ( galeri foto )

Wednesday, February 6, 2013

KEJOHANAN MEMANAH MSSD KERIAN 2013

 
SK TELUK MEDAN Rabu 06.02.2013.
Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) berlangsung di padang SK Teluk Medan yang merupakan tuan rumah bagi kejohanan berkenaan bagi tahun 2013. Hujan yang turun seketika tidak mengganggu aturcara yang dirancang bagi hari pertama kejohanan berkenaan. Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) akan berlangsung selama 3 hari mulai hari ini hingga Jumaat. Kejohanan terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dana perempuan manakala bagi bawah 12 tahun, hanya 10 buah sekolah sahaja yang mengambil bahagian. Majlis penutup Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) dijangka akan disempurnakan oleh Tuan PPD Kerian, Pn.Hj.Ommi Kalsom b. Mohammad.( lihat foto fb )

INTERAKSI IBU-BAPA MURID TAHUN 6 DENGAN GURU-GURU 2013


SKTM Rabu 06.02.2013.
Majlis Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru 2013 merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR agar ibu-bapa murid lebih mendekati sekolah serta memberi sokongan kepada program kecemerlangan akademik sekolah. Ucap utama Majlis Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru 2013 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucap utamanya, beliau menerangkan beberapa program kecemerlangan UPSR 2013 yang dirancang oleh pihak sekolah dengan memberi tumpuan kepada program TOV individu murid. Beliau berharap agar semua ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan kepada program kecemerlangan yang dilaksanakan oleh guru-guru dan pihak sekolah. Pada mejlis tersebut juga, ibu-bapa murid berpeluang untuk berdialog dan bersemuka dengan guru-guru tahun 6 bagi mengetahui perkembangan anak-anak disamping mengenalpasti kelemahan dan kekuatan anak-anak mereka. (lihat foto)

Monday, February 4, 2013

PERLANTIKAN RASMI KEPIMPINAN MURID 2013




SKTM Isnin 04.0.2013.
Perhimpunan rasminggu minggu ke-6/2013 diisi dengan Majlis Perlantikan Kepimpinan Murid 2013. Watikah perlantikan kepimpinan murid 2013 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM manakala ikrar kepimpinan murid diketuai oleh Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin selaku Ketua Murid 2013. Sebelumnya, Ustaz M.Yusof Shouib selaku guru bertugas mingguan menyampaikan beberapa info berkaitan program sekolah sepanjang minggu ke-6/2013. Beliau turut menekankan kepentingan membaca sebagai medium memperoleh ilmu yang menjadi indikator kepada kecemerlangan manusia dan ketamadun sesebuah umat.

Sunday, February 3, 2013

KEM BESTARI SOLAT 1/2013

SKTM Sabtu 02.02.2013.
Kem Bestari Solat Kali-1/2013 berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Kem Bestari Solat Kali-1/2013 melibatkan murid-murid tahun 6 seramai lebih 80 orang. Antara pengisian program berkenaan ialah pemantapan bacaan dan perbuatan dalam solat khususnyar solat fadhu 5 waktu. Sebagai tambahan, para peserta turut diajar secara teori dan amali berkaitan solat jenazah. Kem Bestari Solat Kali-1/2013 dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Teluk Medan.
( foto fb j-QAF )