Friday, December 28, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2013


SKTM Jumaat 28.12.2012.
Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 berlangsung seperti dirancang. Setelah mendaftar ibu-bapa dan penjaga murid yang hadir menerima taklimat pengurusan sekolah daripada pihak pentadbir sekolah. Agenda taklimat dimulakan oleh En.Mohamad Yusof  b. Jamaluddin, PK HEM. Beliau menjelaskan berkaitan pengurusan HEM seperti RMT, data murid, sahsiah dan displin sekolah. Agenda ucapan diteruskan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG. Dalam ucapannya, beliau berharap agar ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Akhir majlis, Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan taklimat berkaitan program kecemerlangan SKTM 2013. Antara perkara yang disampaikan ialah Program Kecemerlangan UPSR, LINUS, KSSR, j-QAF, Program i-THINK dan beberapa perkara lain berkaitan budaya kecemerlangan dalam pendidikan. Pada majlis tersebut juga, 10 murid yang memperoleh 5A dalam UPSR lalu menerima hadiah galakan berupa wang RM100 setiap seorang. Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 tamat pada jam 11.00 pagi. (lihat foto)

Wednesday, December 26, 2012

LADAP i-THINK




( LIHAT FOTO LADAP )
SKTM Khamis 27.12.2012
Meskipun tahun 2012 belum berakhir namun program LADAP yang dilaksanakan setiap tahun sudah pun bermula. Bengkel Program i-THINK membuka tirai LADAP SKTM bagi tahun 2013. Pada bengkel tersebut, guru-guru didedahkan tentang 8 proses pemikiran kreatif dan kritis yang terkandung dalam kertas projek Program i-THINK. Guru-guru turut berbengkel menghasilkan peta minda bagi kelapan-lapan proses minda tersebut bagi meningkatkan kefahaman mereka. LADAP i-THINK dikendalikan oleh 4 orang guru pemandu yang dilatih oleh pihak terbabit iaitu En.Shahrulrizal, En. Norazizan, Pn.Sharifah dan Pn.Norizan. SK Teluk Medan merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai sekolah rintis bagi program KPM berkenaan.

USIA TIDAK MENGHALANG CITA-CITA PART IV


Hampir setiap tahun halaman informasi SK Teluk Medan memaparkan kejayaan warga pendidik SKTM menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila program PPG diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan guru. Pada 15-18 Disember lalu, 2 orang lagi warga pendidik SKTM diraikan dalam Majlis Konvokesyen OUM Kali ke-13 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri dan Pn.Maizon bt. Koming yang telah menamatkan pengajian meskipun pada usia 46 tahun.

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2013


SKTM Rabu 26 Disember 2012.
Mesyuarat Kurikulum, Mesyuarat Guru, HEM dan Kokurikulum Kali-1/2013 berlangsung mulai jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Antara pengisian mesyuarat ialah pembentangan pencapaian UPSR dan peperiksaan dalaman bagi tahun 2012 dan program kecemerlangan kurikulum, HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2013. Ustaz Mohamad Shah Ramli turut membentangkan semua dapatan taklimat Tuan Timbalan Pengarah JPN Perak dan Tuan PPD Kerian. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pn.Fizarina bt. Osman, guru baharu yang mula berkhidmat di SK Teluk Medan mulai Januari 2013.

Friday, December 21, 2012

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DST KSSR TAHUN 3

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DST KSSR TAHUN 3
DISEDIAKAN OLEH GURU DST TAHUN 3 SK TELUK MEDAN, BAGAN SERAI
MUAT TURUN DAN SUMBANGLAH RM5 UNTUK TABUNG PENDIDIKAN
ANAK-ANAK DI GAZA, PALESTIN  MELALUI SMS
PALESTIN 5
hantar ke 39111
atau
562263010787 Maybank

12029010047880 Bank Islam

Wednesday, December 12, 2012

Bengkel Penulis Muda Peringkat Kebangsaan




SHAH'S BEACH RESORT Melaka 11.12.2012.
Seorang murid SK Teluk Medan, Mohamad 'Izzuddin b. Zainol Abidin dipilih untuk menyertai Bengkel Penulis Muda Peringkat Kebangsaan sempena Minggu Penulis Kanak-kanak DBP 2012. Bengkel tersebut akan berlangsung mulai 12.12.2012 hingga 16.12.2012 dikendalikan oleh DBP dengan kerjasama Public Bank. Pada bengkel tersebut, peserta bengkel akan dibimbing teknik penulisan karya sastera oleh penulis-penulis tersohor tanah air.

Thursday, December 6, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA i-THINK KALI-1


SKTM Khamis 6 Disember 2012.
Mesyuarat Jawatankuasa i-THINK Kali-1 SK Teluk Medan berlangsung mulai jam 9.00 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah beberapa agenda bagi melaksanakan program kemahiran berfikir kreatif dan kritis tersebut yang akan bermula pada sesi persekolahan 2013. Mesyuarat tersebut turut melantik jawatankuasa induk dan perlaksanaan bagi program tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa i-THINK Kali-1 SK Teluk Medan dipengerusi oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM.

Tuesday, December 4, 2012

i-THINK

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, SK Teluk Medan telah dipilih sebagai sebuah sekolah daripada 1,000 buah dalam Program Perluasan i-THINK 2013. Seramai 3 orang guru daripada SKTM iaitu Cikgu Nor Azizan, Sir Ash dan Teacher Sharifah telah menghadiri kursus Ketua Pemandu i-THINK selama seminggu di Shah Alam, Selangor.

Monday, December 3, 2012

TURUN PADANG


SKTM Selasa 04.12.2013.
Tuisyen Cuti-cuti Malaysia anjuran PIBG SKTM masuk minggu ke-2. Ketika sebahagian murid menghabiskan percutian ke destinasi tertentu, sebahagian daripada murid hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan masa cuti yang dikelola oleh guru-guru khususnya guru tahun 6. Sementara itu, Skuad Harimau SKTM telah turun padang untuk menjalani latihan sebagai persediaan kejohanan bola sepak musim 2013. Skuad Harimau SKTM dibimbing oleh En.Syamsul Amin dan beberapa guru lain.

Sunday, November 25, 2012

KUNJUNGAN MUHIBAH SK BUKIT BERTAM


SK TELUKMEDAN Isnin 26.11.2012.
Unit ICT SKTM menerima kunjungan muhibah SK Bukit Bertam, Rantau Panjang, Selama,Perak pagi ini. Kunjungan bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan ICT di sekolah masing-masing. Semasa kunjungan, peserta rombongan diberi taklimat berkaitan Program Pembudayaan ICT SK Teluk Medan oleh Cikgu Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM.. Rombongan yang diketuai oleh Pn.Hj.Noriah, Guru Besar SKBB tersebut turut melawat kelas Prasekolah KPM SK Teluk Medan.

WAJAH BAHARU PAPAN INFO

SKTM  Isnin 26.11.2012
Pembudayaan ICT dalam pengurusan SK Teluk Medan turut merubah wajah papan kenyataan. Papan kenyataan yang menggunakan kaedah manual sebelum ini digantikan dengan kaedah digital yang akan lebih fleksibel fungsinya. Selain daripada memaparkan info semasa, papan info digital ini turut memaparkan perkembangan semasa, peristiwa lepas dan info terkini melalui internet.

Monday, November 19, 2012

WARGA BAHARU SKTM


SKTM Isnin 19.11.2012
Sk Teluk Medan menerima warga baharu iaitu Pn.Yuspawani bt. Yusof yang bertugas sebagai Ketua Kerani menggantikan Pak Hussin yang bersara Ogos lalu. Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan ahlan wa sahlan kepada Pn.Yuspawani Yusof.

KEPUTUSAN UPSR 2012



SKTM 19 November 2012.
Kehadiran murid tahun 6/2012 dengan ditemani ibu-bapa sejak awal pagi untuk mengambil keputusan UPSR nyata tidak menghampakan merekaUPSR 2012 diumumkan sendidri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM mulai jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Pada majlis tersebut juga Murid Gemilang 5A diraikan dengan menerima kek daripada salah seorang warga pendidik SKTM. Mereka turut menerima hadiah RM100 setiap seorang daripada PIBG SKTM. Namun demikian, penyampaiannya ditangguhkan dan akan disampaikan pada hari Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah yang akan berlangsung pada 29 Disember 2012. Berikut adalah ringkasan keputusan UPSR 2012 :
1. Calon 5A seramai 10 orang.
2. Calon 4A1B seramai 9 orang.
3. Calon 3A2B seramai 11 orang.
4. Peratus lulus ABC BM Pemahaman - 96.1%
5. Peratus lulus ABC BM Penulisan - 88.4%
6. Peratus lulus ABC Bahasa Inggeris - 90.3%
7. Peratus lulus ABC Matematik - 79.6%
8. Peratus lulus ABC Sains - 85.4%
SELURUH WARGA SK TELUK MEDAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2012. ( lihat foto )

KEPUTUSAN UPSR 2012



SKTM 19 November 2012.
Kehadiran murid tahun 6/2012 dengan ditemani ibu-bapa sejak awal pagi untuk mengambil keputusan UPSR nyata tidak menghampakan merekaUPSR 2012 diumumkan sendidri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM mulai jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Pada majlis tersebut juga Murid Gemilang 5A diraikan dengan menerima kek daripada salah seorang warga pendidik SKTM. Mereka turut menerima hadiah RM100 setiap seorang daripada PIBG SKTM. Namun demikian, penyampaiannya ditangguhkan dan akan disampaikan pada hari Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah yang akan berlangsung pada 29 Disember 2012. Berikut adalah ringkasan keputusan UPSR 2012 :
1. Calon 5A seramai 10 orang.
2. Calon 4A1B seramai 9 orang.
3. Calon 3A2B seramai 11 orang.
4. Peratus lulus ABC BM Pemahaman - 96.1%
5. Peratus lulus ABC BM Penulisan - 88.4%
6. Peratus lulus ABC Bahasa Inggeris - 90.3%
7. Peratus lulus ABC Matematik - 79.6%
8. Peratus lulus ABC Sains - 85.4%
SELURUH WARGA SK TELUK MEDAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2012. ( lihat foto )

Thursday, November 15, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU



Selama 3 hari 2 malam sekumpulan murid dan guru SK Teluk Medan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu Darul Iman. Sebahagian besar daripada peserta rombongan ialah murid-murid tahun 6 /2012 yang merupakan lawatan terakhir bersama guru-guru SKTM. (foto fb Sir Ash)

Friday, November 9, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 2012 KELAB GURU DAN STAF



Taiping Jumaat 9 November 2012.
Jamuan Akhir Tahun 2012 Kelab Guru dan Staf SK Teluk Medan berlangsung di Hotel Taiping Perdana. Sebagaian guru-guru dan staf hadir bersama keluarga bagi meraikan majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga, Kelab Guru dan Staf turut meraikan hari ulang tahun kali ke 47 Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Beliau memotong kek hari jadi yang dihadiahkan oleh Kelab guru dan Staf dengan diiringi oleh isteri beliau yang turut hadir pada malam tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi. (lihat foto)

PENUTUPAN MINGGU ICT 2012 DAN HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2012



SKTM Jumaat 9 November 2012.
9 November 2012 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar warga SK Teluk Medan kerana mulai 10 November 2012 sekolah akan bercuti selama sebulan setengah. Warga SKTM telah mula merancang-rancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang percutian tersebut. Bagi Pn.Piariene, hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di SK Teluk Medan. Beliau akan mula berkhidmat di SK Kampung Selamat, Pulau Pinang mulai sesi persekolahan 2013. Sementara itu, Majlis Penutupan Minggu ICT 2012 berlangsung mulai jam 7.40 pagi. Pada majlis tersebut, pemenang bagi pertandingan yang berlangsung sepanjang Minggu ICT 2012 menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Tn.Hj.Hamid b. Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Telok Medan. Selamat bercuti. Tunaikan tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara sebaik mungkin. (foto minggu ICT)

Thursday, November 8, 2012

BENGKEL VLE FROGASIA DAN JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6/2012

SKTM Khamis 8 November 2012.
Taklimat dan Bengkel VLE Frogasia untuk semua guru-guru menfokuskan kepada beberapa perkara asas iaitu log masuk, pengubahsuaian dashboard, memasukkan widget dan membina kalendar. Taklimat disampaikan oleh Admin VLE SKTM dengan dibantu oleh guru-guru yang telah menghadiri kursus oleh Frogasia sebelumnya. Sementara itu, Jamuan Perpisahan Tahun 6/2012 berlangsung mulai jam 11.00 pagi. Pada majlis tersebut, En.Yusof Jamaluddin, PK HEM dan Muhammad Nur Adzar Mat Jais, Ketua Murid 2012 mengambil kesempatan menyampaikan ucapan.

Wednesday, November 7, 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2012



SKTM Rabu 7 November 2012.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2012 SK Teluk Medan berlangsung seperti yang dirancang. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd.Yusof Shouib, Guru Pend.Islam SKTM. Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG memulakan sesi ucapan dengan berharap agar semua ibu-bapa yang hadir akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak SKTM. Ucapan diteruskan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Selain daripada membentangkan program kecemerlangan SKTM 2012, beliau turut menggariskan beberapa program yang telah dirangka oleh pihak sekolah bagi sesi persekolahan 2013 serta meluahkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan seluruh warga SKTM yang sama-sama berganding bahu menjayakan semua program kecemerlangan 2012. Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2012 SK Teluk Medan disempurnakan oleh Al-fadhil Ustaz Salehuddin b. Hj.Arshad, Penolong Pengarah Pengurusan Akademik Sektor Pendidikan Islam,JPN Perak. Dalam ucapannya, beliau membentangkan beberapa program peningkatan pendidikan seperti yang termaktub di dalam Pelan Induk Pendidikan Malaysia. Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah merangka serta melaksanakan beberapa program peningkatan akademik, kokurikulum dan sahsiah bagi merealisasikan visi dan misi pendidikan negara. Beliau turut melahirkan penghargaan kepada guru-guru, pengurusan sekolah dan ibu-bapa yang sentiasa peka terhadap perkembangan pendidikan negara serta bertungkus lumus menjayakannya demi kejayaan anak-anak dunia dan akhirat. Pada Majlis tersebut, adik Noralia Amalina bt Nordin telah dicanang sebagai Tokoh Akademik SKTM 2012 manakala adik Umayr Tolhah b. Bushra sebagai Tokoh Kokurikulum 2012. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2012 SK Teluk Medan turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid tahun 3 dan tahun 6. Syabas warga SK Teluk Medan ( lihat foto )

Monday, November 5, 2012

RAPTAI HARI ANUGERAH 2012

SKTM Selasa 6 November 2012.
Persiapan akhir bagi majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah SKTM 2012 giat dijalankan. Majlis yang akan bermula jam 9.00 pagi esok bakal disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Salehuddin b. Hj.Arshad, Pen.Pengarah Pengursan Akademik SPI, JPN Perak. (lihat foto)

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU AKHIR SESI 2012

SKTM Isnin 5 November 2012.
Perhimpunan Rasmi Minggu Akhir Sesi 2012 diisi dengan ucapan dan pesanan guru bertugas, guru besar dan guru-guru kanan sebelum murid-murid bercuti akhir semester 2012 selama sebulan setengah. Pada majlis perhimpunan tersebut juga, Ustaz Mohamad Shah Ramli mengalungkan Rambu kepada Muhammad Wafi b. Ahmad Sabil yang telah mendapat Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak pada Perkhemahan Keris Mas daerah Kerian yang telah berlangsung minggu lalu. Beliau turut menyampaikan sijil PAFA Tahun 6 kepada Ustaz Mohd.Yusof Shouib, Ketua panitia Pendidikan Islam untuk diedarkan kepada murid berkenaan. Dalam ucapannya, Ustaz Muhamad Shah Ramli berharap agar semua warga SKTM tidak mempersiakan cuti persekolahan selama sebulan setengah yang akan bermula minggu hadapan. Beliau juga berpesan agar murid tahun 6 yang bakal melangkahkan kaki ke sekolah menengah akan belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik SK Teluk Medan. Sementara itu, taklimat dan bengkel pengenalan VLE Frogasia diteruskan mulai jam 8.30 pagi yang melibatkan murid tahun 4.

Thursday, November 1, 2012

MY TALENT DAERAH KERIAN 2012

SK WAWASAN Khamis 01.11.2012
Meskipun hanya mampu meraih hadiah saguhati, namun Pertandingan My Talent Daerah Kerian meninggalkan kenangan manis kepada peserta SKTM sebelum melangkah kaki ke sekolah menengah. Pasukan My Talent SKTM dibimbing oleh Sir Ash dengan bantuan Teacher Siti Zuraidah dan Cikgu Umi. Tahniah diucapkan kepada team My Talent SKTM. (gambar fb Sir Ash)

VLE FROGASIA TAHUN 5


SKTM Khamis 01.11.2012.
Program VLE Frogasia mula diperkenalkan kepada murid SKTM secara berperingkat. Mulai jam 8.00 pagi, murid tahun 5 mengikuti taklimat program tersebut di dewan sekolah. Selepas taklimat tersebut, sekumpulan murid mengakses program tersebut dibawah bimbingan 4 orang murid 'Student Champion' di Pusat Akses SKTM. Taklimat disampaikan oleh guru ADMIN VLE Frogasia SKTM dengan dibantu oleh En.Mark Armandus, Juruteknik ICT SKTM. Sementara itu program Minggu ICT berlangsung seperti dirancang. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Eksplorasi VLE Frogasia, Pertandingan Pantas Menaip dan Jejak maklumat Melalui Internet.(lihat foto)

Wednesday, October 31, 2012

KURSUS VLE FROGASIA R2


SMK Mudzaffar Shah 31 Oktober 2012.
Kursus VLE Frogasia R2 yang berlangsung di makmal komputer SMK Mudzaffar Shah, Semanggol masuk hari ke-2. Kursus yang bermula semalam tersebut melibatkan guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Mata Pelajaran, SU Sukan dan 4 orang murid tahun 5. Pada kursus tersebut, peserta didedahkan dengan beberapa perkara asas berkaitan program tersebut yang akan mula dilaksanakan mulai tahun 2013. Kursus dikendalikan oleh kakitangan Frogasia.

Tuesday, October 30, 2012

GRADUASI KHATAM AL-QURAN 1433H


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1433H/2012



SKTM Selasa 30.11.2012.
Seramai 135 murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam Majlis Khatam Al-quran 1433H/2012. Peserta Majlis Khatam Al-quran tersebut diarak ke dewan sekolah dengan bunga manggar dan paluan kompang. Pada Majlis Khatam Al-quran tersebut Al-fadhil Tn.Hj.Ishak b. Nafiah, mantan guru Pend.Islam yang telah bersara Ogos lalu meluangkan masa bersama peserta dan telah menjadi khalifah pada majlis tersebut. Majlis Khatam Al-quran 1433H disempurnakan perasmiannya oleh En.Yusof b. Jamaluddin, PK HEM yang mewakili Tuan Guru Besar yang tidak dapat hadir kerana berkursus. Pada akhir majlis, para peserta Majlis Khatam Al-quran telah diberikan sijil penyertaan dan buah tangan daripada pihak sekolah. Tetamu dan murid SKTM turut dijamu dengan nasi berlaukkan daging sembelihan korban yang berlangsung semalam. Tahniah kepada semua yang menjayakan. (lihat foto)