Monday, June 27, 2011

PERHIMPUNAN MINGGU KE-23


SKTM Isnin 27.06.2011
Perhimpunan mingguan minggu ke-23 sesi persekolahan 2011 merupakan perhimpunan terakhir SKTM yang dihadiri oleh En.Shoyef b. Tukiman. En.Shoyef b. Tukiman mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Teluk Medan mulai 16.12.2003. Sepanjang lebih 8 tahun menerajui SKTM, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau di samping menempa banyak kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Beliau akan bertukar ke SK Methodist, Parit Buntar menggantikan guru besar sekolah tersebut yang bersara beberapa bulan lalu. Pada ucapan rasmi terakhirnya, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan SKTM menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali Ke-11 Khamis lalu. Beliau turut menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan kepada murid-murid dan seluruh warga SK Teluk Medan bagi melangsungkan kegemilangan SKTM pada masa-masa hadapan. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bertukar kepada En.Shoyef b. Tukiman. Semoga dalam peliharaan Allah selalu.

Thursday, June 23, 2011

TEMASYA OLAHRAGA DAN BALAPAN 2011



SKTM 23.06.2011
Alhamdulillah temasya Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan berlangsung gilang gemilang. Mulai jam 2.00 petang, ibu-bapa dan para tetamu sudah mula memenuhi khemah tetamu yang disediakan di sekitar padang sekolah. Temasya kejohanan dimulakan dengan acara lintas hormat kontijen rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan diikuti dengan pembacaan ikrar kejohanan yang diketuai oleh Ahmad Nur Adzar b. Ahmad Jais, Ketua Kontijen Kejohanan 2011. Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan disempurnakan perasmiannya oleh Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Perhubungan Menteri Besar Perak. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang mengadakan kejohanan olahraga sebagai aktiviti tahunan sekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan program ' 1 Murid 1 Sukan '. Selain daripada acara kejohanan, acara bagi ibu-bapa, penonton dan pegawai sukan turut diadakan. Pada kejohanan tersebut, Umayr Tholhah b. Busra telah dinobat sebagai Olahragawan SKTM 2011 manakala Nurul Aina Fariza dinobat sebagai Olahragawan SKTM 2011. Rumah Kuning juara Olahraga 2011 gagal mempertahankan kejuaraannya apabila juara baru muncul iaitu Rumah Biru dengan kutipan 23 pingat emas 13 perak dan 15 gangsa. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM yang bertungkus-lumus menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan. (gambar-gambar)

Wednesday, June 22, 2011

BENGKEL PETROSAINS 2011


SKTM Selasa 22.06.2011
Bengkel PETROSAINS telah berlangsung dengan jayanya. Bengkel ini dikendalikan oleh pihak PETROSAINS bertujuan mendedahkan kepada pelajar SKTM tentang kepentingan sains kepada kehidupan manusia. Pada bengkel tersebut, para peserta diberikan beberapa aktiviti ringkas bagi menerangkan konsep dan aplikasi teori sains yang mudah. Bengkel tersebut dikelola oleh En.Amar Hisyam Bahatim dari PETROSAINS cawangan Pulau Pinang. Rata-rata peserta merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan serta mendapat pengalaman pembelajaran daripada bengkel yang disertai. Terima kasih kepada pihak penganjur dan fasilitator.

TEMASYA OLAHRAGA DAN BALAPAN KALI KE-11

Tuesday, June 21, 2011

USIA TAK MENGHALANG CITA-CITA IV

Ahad lalu, 2 lagi warga pendidik bergelar siswazah dalam majlis konvokesyen Open University Malaysia yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada En.Mohd Rosli b. Musa dan En.Nor Azizan b. Ramlee daripada seluruh warga SKTM. Semoga segulung ijazah yang diperolehi menjadi pemangkin kecemerlangan seterusnya sebagai seorang pendidik. Tahniah...(gambar)

Monday, June 20, 2011

USIA TAK MENGHALANG CITA-CITA III

Ahad lalu, 2 lagi warga pendidik bergelar siswazah dalam majlis konvokesyen Open University Malaysia yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada En.Mohd Rosli b. Musa dan En.Nor Azizan b. Ramlee. Semoga segulung ijazah yang diperolehi menjadi pemangkin kecemerlangan seterusnya sebagai seorang pendidik. Tahniah...(gambar)

TUISYEN GEMILANG SR KELOMPOK 2/2011


SKTM Isnin 20.06.2011
Program Tuisyen Gemilang SR Kelompok 2 Kerian merupakan program tahunan kelompok berkenaan bagi kecemerlangan UPSR disamping mengeratkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam kelompok 2. Dalam program yang akan berlangsung selama 3 hari itu, para peserta didedahkan tentang teknik menjawab soalan kertas peperiksaan UPSR Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Program dimulakan dengan ceramah motivasi kecemerlangan diri yang disampaikan oleh En.Mohd.Hanif b. Saburdin, guru SKTM. Peserta program kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses penyampaian maklumat. Program Tuisyen Gemilang SR Kelompok 2 Kerian yang bermula pada hari ini akan berakhir pada hari Rabu 22hb. Jun 2011.

PRAOLAHRAGA 2011

SKTM Isnin 20.06.2011
Perhimpunan mingguan diisi dengan penyampaian hadiah bagi acara terdahulu Kejohanan Olahraga dan Balapan SKTM 2011. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En.Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SK Teluk Medan. Pada majlis tersebut juga diumumkan pencapaian rumah-rumah semasa. Rumah Hijau telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan melayakkan ahli Rumah Hijau menerima sebuah hamper gergasi. Guru Rumah Hijau Pn.Noraini bt. Ideros menerima hamper tersebut mewakili ahli Rumah Hijau. Tahniah diucapkan.

Ihtifal jQAF 2011

SK Gunong Semanggol 18.06.2011.
Kalam Jama'ie merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan dalam Ihtifal jQAF 2011. Meskipun peserta SKTM tidak dapat melayakkan diri ke peringkat daerah Kerian, namun kemunculan kumpulan Kalam Jama'ie tetap mencuit hati para hakim dan penonton yang hadir apabila memperagakan busana ala ' Imam Muda '. Apapun tahniah kepada kumpulan Kalam Jama'ie SKTM dan ustaz-ustazah. (gambar)

Friday, June 17, 2011

Zoom-A Hari Ke-2

Setelah dua hari dilancarkan, program pembelajaran interaktif melalui internet Zoom-A terus mendapat sambutan murid-murid tahun 6 SK Teluk Medan. Hasil pemantauan mendapati masih terdapat murid yang mengakses program ini sehingga jam 10 malam. Semoga program ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin demi kecemerlangan UPSR 2011. Tahniah kepada peserta Zoom-A SK Teluk Medan.

PRAOLAHRAGA 2011

SKTM Jumaat 16.05.2011
PraKejohanan Olahraga 2011 berlangsung sepanjang 3 hari minggu ini. Antara acara akhir yang telah dipertandingkan ialah acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan 4x200 meter. Acara-acara lain akan diteruskan pada minggu hadapan sehingga menjelang Kejohanan Olahraga 2011 Khamis depan.

Wednesday, June 15, 2011

Zoom A 2011.

SKTM Khamis 16.062011.
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sejajar dengan itu, satu taklimat Program Zoom A telah disampaikan pagi ini oleh Pn.Norihan Yusoff JK ICT SK Teluk Medan. Zoom A merupakan salah satu program pembelajaran interaktif melalui internet yang dilanggan oleh PIBG SKTM untuk murid-murid SKTM khususnya murid UPSR 2011. Sebagai rintis, 20 orang murid tahun 6/2011 telah dipilih untuk menjadi mentor kepada murid-murid lain. (Zoom A)

WAJAH BARU PRASEKOLAH

Cuti 2 minggu persekolahan tidak dipersia-siakan olen warga kerja Prasekolah SK Teluk Medan. Bangunan prasekolah yang mempunyai 3 kelas itu dicat semula dan dihiasi dengan lukisan-lukisan dinding yang menarik dan ceria. Sesungguhnya persekitaran pembelajaran yang kondusif membantu meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Tahniah diucapkan kepada warga Prasekolah SK Teluk Medan.

Ihtifal jQAF 2011



SKTM Rabu 15.06.2011
Ihtifal jQAF 2011 ketogori Wirid dan Doa bagi Zon Bagan Serai berlangsung seperti yang dirancang. Zon Bagan Serai terdiri daripada Kelompok Semanggol dan Kelompok Bagan Serai. Pada Ihtifal jQAF tersebut, peserta SK Teluk Medan telah mendapat tempat ke-3 sekaligus melayakkan pasukan SKTM ke peringkat daerah Kerian akan dilangsungkan pada bulan hadapan di SMK Vokasional Kerian. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih ustaz ustazah. Semoga akan lebih cemerlang pada peringkat daerah nanti.(gambar-gambar)

Friday, June 10, 2011

ICT SK TELUK MEDAN

SKTM 08.06.2011
Laman sesawang mini ICT SK Teluk Medan diwujudkan bagi memberikan informasi dan perkongsian maklumat khusus berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Diharapkan kewujudan halaman ini akan menjana kegemilangan SK Teluk Medan dalam bidang TMK. Berikut adalah URLnya. http://ictsktmbaganserai.blogspot.com

Thursday, June 9, 2011

USIA TAK MENGHALANG CITA-CITA III

3 lagi warga pendidik SK Teluk Medan akan mula menjejakkan kaki ke menari gading di bawah program PPG apabila akan melaporkan diri di Institiut Perguruan Tuanku Bainun esok 11.06.2011. Difahamkan bahawa program yang akan berlangsung di IPTB selama 4 tahun itu dikelola oleh Universiti Terbuka Malaysia ( OUM ). Apapun seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan syabas dan selamat belajar kepada Cikgu Haniff, Cikgu Noharuddin dan Cikgu Noraini Ideros kerana berjaya dipilih mengikuti program PPG tersebut. SK Teluk Medan bukan sahaja menjadi penjana kegemilangan murid-murid malahan warga pendidiknya. Tahniah...

Tuesday, June 7, 2011

Kelas Bimbingan UPSR 2011

Dikala murid-murid lain bersantai di rumah bagi menghabiskan cuti pertengahan tahun, murid-murid tahun 6 berhempas-pulas membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Kelas bimbingan UPSR 2011 terus berlangsung sepanjang cuti pertengahan tahun. Kelas bimbingan bermula mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari. Tahniah diucapkan kepada warga pendidik dan murid-murid tahun 6 SKTM. Semoga impian menjadikan SKTM penjana kecemerlangan dan kegemilangan dimakbulkan Allah.

Wednesday, June 1, 2011

TOKOH GURU PERAK 2011

Ipoh 31 Mei 2011.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh 2 orang warga SKTM yang telah dipilih untuk menjadi pengiring kepada Tokoh Guru Negeri Perak dan Guru Unggul Negeri Perak pada sempena Sambutan Hari Guru Negeri Perak 2011 yang telah berlangsung di Dewan Benkuet Selasa lalu. Tn.Hj.Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Malaysia telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Perak 2011 manakala Pn.Siti Roshidah dari SMK Panglima Bukit Gantang telah dipilih sebagai Guru Unggul Negeri Perak 2011. (galeri foto PPD Kerian )