Wednesday, October 30, 2013

MINGGU ICT 2013 HARI KE-3



SKTM Rabu 30 Oktober 2013.
Antara pengisian Minggu ICT 2013 hari ke-3 ialah Eksplorasi Chromebook dan VLE Frogasia, Peraduan Kenali Kompenan ICT dan Peraduan Mewarna Prasekolah. Minggu ICT akan diteruskan sehingga minggu hadapan. ( lihat foto )

Tuesday, October 29, 2013

MINGGU ICT 2013


SKTM Selasa 19 Oktober 2013.
Eksplorasi Chrome Book Mobile Lab membuka tirai program Minggu ICT 2013 selepas ianya dilancarkan semalam oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Antara pengisiannya ialah pengenalan chorme book, fungsi keyboard dan VLE Frogasia. Program Minggu ICT 2013 akan berlangsung selama 2 minggu. Antara program yang akan berlangsung ialah eksplorasi chormebook oleh guru-guru, eksplorasi VLE Frogasia, Pertandingan Membina Slaid PPT, Pertandingan Pantas Menaip, Kenali ICT, Jejak Maklumat Melalui Internet dan Peraduan Mewarna Prasekolah. Minggu ICT dianjurkan oleh Unit ICT SKTM dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKTM. ( lihat foto )

KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PASCA UPSR 2013


BAGAN SERAI Isnin 28 Oktober 2013.
Kejohanan Futsal Pasca UPSR 2013 berlangsung di gelanggang Futsal Matang Jelutong, Bagan Serai. Kejohan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTM. Manakala kejohanan bola jaring pula berlangsung di gelanggang baola jaring SKTM pada waktu yang sama.

Thursday, October 24, 2013

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013


SKTM Jumaat 25 Oktober 2013.
Peperiksaan Akhir Tahun 2013 yang bermula Selasa lalu akan berakhir minggu hadapan. Peperiksaan akhir tahun akan menjadi penanda aras kepada guru akan keberkesanan pembelajaran yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2013 disamping dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan seseorang muridnya.

Friday, October 18, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1434H / 2013




SKTM 13 Zulhijjah 1434H / 18 Oktober 2013
Seramai 143 murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang Majlis Khatam Al-quran 1434H. Peserta khatam al-Quran diarak ke dewan sekolah dengan paluan kompang dan bunga manggar serta disambut oleh guru-guru dan ibu-bapa dengan renjisan bunga mawar. Sesi khatam Al-quran dipimpin oleh Ustaz Tn.Hj.Yazid b. Rumbali dan Ustaz Mohd Yusof Shouib. Majlis Khatam Al-quran 1434H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang telah khatam al-Quran dan berharap ianya akan menjadi perangsang kepada murid lain yang masih belum khatam al-Quran. Beliau turut berharap agar al-Quran bukan sahaja dibaca setiap hari malah isi kandungannya perlu dihayati serta diterjemahkan dalam penghidupan seharian. Majlis Khatam Al-quran 1434H merupakan acara tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKTM. Majlis diakhiri dengan jamuan nasi dan daging korban.

MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH 1434H / 2013




SKTM Khamis 12 Zulhijjah 1434H / 17 Oktober 2013
Majlis Korban dan Akikah 1434H berlangsung seperti dirancang. Seperti tahun-tahun yang lalu, Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM menyempurnakan penyembelihan korban dan akikah bagi tahun ini. Sebahagian daripada daging korban disampaikan kepada murid miskin, peserta korban manakal selebihnya dimasak untuk dijamu kepada anak-anak SKTM dan tetamu yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran 1434H yang berlangsung pada hari Jumaat 13 Zulhijjah 1434H. Ramai ibu-bapa hadir membantu bagi menjayakan program tersebut. ( lihat foto )

Thursday, October 10, 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA SK TELUK MEDAN KALI KE-13




SKTM Khamis 10.10.2013
Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13 berlangsung penuh gilang gemilang. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kejohanan oleh kontijen rumah sukan yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut. Perarakan lintas hormat diiringi oleh pasukan Bras Band SKTM yang beraksi julung kalinya semenjak ianya ditubuhkan 3 bulan lalu. Perasmian Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13 disempurnakan oleh YB Dato' Sham b. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua JK Kejohanan dan ibu-bapa yang menjayakan serta memberi sokongan sehingga terlaksananya Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13. Beliau turut berharap selain daripada kurikulum, kegiatan kokurikulum turut dibangunkan demi kemajuan anak-anak didik SKTM. Menurutnya lagi kegiatan sukan yang dahulunya dipandang hanya sebagai satu kegiatan riadah, namun kini ianya mampu menjadi satu karier yang boleh memberi pendapatan yang lumayan kepada individu yang terlibat dengan memberi contoh beberapa pemain badminton dan bola sepak negara. Selain daripada acara balapan, ibubapa dan tetamu yang hadir turut berpeluang menyertai acara sukaneka seperti acara tarik tali dan hoki buah kelapa. Pada kejohanan tersebut, para penonton digemparkan apabila murid tahun 4 Mohd.Hafiz Idris dari Rumah Merah telah dicanang sebagai olahragawan 2013 manakala Nuraina Fariza dari Rumah Kuning dicanang sebagai olahragawati 2013. Pada kejohanan ini, Rumah Merah mengekalkan kejuaraan yang disandang pada tahun lalu. Tahniah warga SK Teluk Medan.

Wednesday, October 9, 2013

SKUAD HARIMAU SKTM MARA KE SUKU AKHIR


BAGAN SERAI 9 Oktober 2013.
Meskipun sibuk mengadakan persiapan Kejohanan Olahraga Kali 14 esok, Skuad Harimau SKTM mampu mara ke pusingan separuh akhir pada Liga Bola Sepak Kelompok 2 Kerian yang bermula hari ini di padang SK Bagan Serai. Skuad Harimau SKTM terdiri daripada murid-murid tahun 5 di bawah bimbingan En.Syamsul Amin dan En. Mohd Rosli Musa. Tahniah dan teruskan perjuangan.

Sunday, October 6, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH PRAKEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13

 photo DSC_1654_zpsc4251c8f.jpg
 photo DSC_1606_zpsc5bdac8e.jpg 
SKTM Isnin 7 Oktober 2013.
Perhimpunan Mingguan Minggu ke-37 diisi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara-acara prakejohanan Olahraga Kali Ke-13. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Pada perhimpunan tersebut, guru bertugas mingguan Pn.Noraini Ideros turut mengumumkan pencapaian semasa Kejohanan Olahraga tersebut iaitu Rumah Merah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dengan kutipan pingat emas sebanyak 17 manakala 10 perak dan 11 gangsa.

Thursday, October 3, 2013

SUKAN PRASEKOLAH KPM SKTM 2013



SKTM Khamis 3 Oktober 2013.
Sukan Prasekolah SKTM 2013 berlangsung penuh meriah. Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal mini, bola jaring dan sukaneka disamping beberapa acara khas untuk ibubapa dan anak-anak yang hadir. Perasmian Sukan Prasekolah SKTM 2013 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Sukan Prasekolah SKTM 2013 turut diserikan dengan persembahan kumpulan brass band SKTM dan Gerak Tari 1Malaysia oleh anak-anak Prasekolah SKTM. ( lihat foto )

Tuesday, October 1, 2013

GERAK TARI 1MALAYSIA 2013 SK TELUK MEDAN


SKTM Selasa 1 Oktober 2013.
Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam  sekolah rendah. Gerak Tari 1 Malaysia diharap dapat memberi peluang kepada kanak-kanak  melahirkan perasaan, mencungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui gerakan bersepadu di dalam kumpulan. Sehubungan dengan itu, Program Gerak Tari 1Malaysia telah berlangsung di semua Prasekolah KPM secara serentak di seluruh negara mulai jam 8.00 pagi tadi. Pada peringkat Prasekolah SK Teluk Medan, Gerak Tari 1Malaysia turut dijalankan serentak dan dipimpin oleh guru-guru Prasekolah SKTM dan Pembantu Pengurusan Murid SKTM. ( lihat foto )