Friday, July 30, 2010

TINTA GURU BESAR

Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk melancarkan sebuah lagi blog mini SK Teluk Medan, Bagan Serai. Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang berusaha mewujudkan sebuah lagi tapak blog sebagai ' mirror ' atau ' backup ' kepada blog utama SKTM yang telah wujud hampir dua tahun yang terbukti memberi informasi kepada seluruh warga SKTM dan pengunjung luar. Kewujudan laman blog ke-2 ini membuktikan komitmen warga SKTM terhadap penggunaan ICT dalam proses pendidikan anak bangsa. Selain daripada laman blog, penggunaan ' facebook ' sebagai medan perkongsian maklumat alam maya dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Peluasan penggunaan dan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam bidang ICT di SKTM adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini dibuktikan oleh rumusan Tuan PPD Daerah Kerian yang mengadakan kunjungan tidak rasmi beliau ke SKTM baru-baru ini. Akhirnya saya berharap agar blog ini akan digunakan sebaik mungkin sebagai sumber informasi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Tahniah kepada warga pendidik SKTM.

Shoyef bin Tukiman
GURU BESAR SKTM

No comments:

Post a Comment