Thursday, November 11, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010



SKTM:Khamis 11 November 2010.
Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 berlangsung seperti yang dirancangkan. Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu disempurnakan oleh Tn.Hj.Darham b Bakri, YDP PIBG SK Teluk Medan. Hujan yang lebat turun mulai jam 2.00 petang tidak menghalang kehadiran ramai ibu-bapa ke majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral terhadap pihak sekolah dan motivasi kepada anak-anak mereka yang mendapat kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof Shouib dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Encik Shoyef b Tukiman, Guru Besar SKTM. Antara anugerah yang diberi pada majlis tersebut adalah kedudukan dalam kelas, hadiah mata pelajaran terbaik, anugerah NILAM, anugerah JQAF dan beberapa anugerah khas. Pada majlis tersebut juga PIBG menyampaikan hadiah khas berupa wang tunai RM100 kepada 9 orang murid tahun 6 yang mendapat keputusan 5A yang diumumkan pada sebelah pagi. Nur Syafiq Hariz b Khairunzian telah dicanang sebagai Tokoh Murid SKTM 2010. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 turut diserikan oleh persembahan mantap dikir barat daripada kumpulan murid-murid tahun 5 dan koir murid-murid tahun 6. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM dan ibu-bapa yang hadir...gambar-gambar.

No comments:

Post a Comment