Tuesday, March 22, 2011

SEPAK TAKRAW KELOMPOK 2 SR KERIAN

Selepas Kejohanan Olahraga SR Daerah Kerian dua minggu lalu, SM Vokasional Kerian sekali lagi menjadi gelanggang pertarungan sukan dan permainan. Hari ini Selasa 22 Mac 2011, Pertandingan Sepak Takraw SR Kelompok 2 Kerian berlangsung di dewan besar sekolah berkenaan. Pada pertandingan tersebut, 10 regu daripada SR dalam Kelompok 2 Kerian telah beradu tenaga agar terpilih untuk menyertai pertandingan pada peringkat daerah nanti. SKTM turut menghantar 2 regu pada pertandingan tersebut. Meskipun gagal ke peringkat daerah, regu 'A' SKTM masih menunjukkan aksi cemerlang dengan membawa pulang pingat gangsa . Kedua-dua pingat emas dan perak diraih oleh regu daripada SK Parit Hj. Taib yang juga tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan dan jurulatih sepak takraw SKTM 2011.

No comments:

Post a Comment