Thursday, June 23, 2011

TEMASYA OLAHRAGA DAN BALAPAN 2011



SKTM 23.06.2011
Alhamdulillah temasya Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan berlangsung gilang gemilang. Mulai jam 2.00 petang, ibu-bapa dan para tetamu sudah mula memenuhi khemah tetamu yang disediakan di sekitar padang sekolah. Temasya kejohanan dimulakan dengan acara lintas hormat kontijen rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan diikuti dengan pembacaan ikrar kejohanan yang diketuai oleh Ahmad Nur Adzar b. Ahmad Jais, Ketua Kontijen Kejohanan 2011. Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan disempurnakan perasmiannya oleh Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Perhubungan Menteri Besar Perak. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang mengadakan kejohanan olahraga sebagai aktiviti tahunan sekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan program ' 1 Murid 1 Sukan '. Selain daripada acara kejohanan, acara bagi ibu-bapa, penonton dan pegawai sukan turut diadakan. Pada kejohanan tersebut, Umayr Tholhah b. Busra telah dinobat sebagai Olahragawan SKTM 2011 manakala Nurul Aina Fariza dinobat sebagai Olahragawan SKTM 2011. Rumah Kuning juara Olahraga 2011 gagal mempertahankan kejuaraannya apabila juara baru muncul iaitu Rumah Biru dengan kutipan 23 pingat emas 13 perak dan 15 gangsa. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM yang bertungkus-lumus menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-11 SK Teluk Medan. (gambar-gambar)

No comments:

Post a Comment