Friday, December 30, 2011

Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai

SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 30 Disember 2011.
10 orang murid cemerlang UPSR 2011 SK Teluk Medan antara 139 murid yang diraikan dalam Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak Kawasan Parlimen Bagan Serai. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR lalu. Beliau turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu-bapa yang bertungkus-lumus demi kelangsungan kegemilangan anak-anak dalam pelajaran. Sebagai menghargai kegemilangan tersebut, Parlimen Bagan Serai dengan kerjasama PPD Kerian telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang saguhati kepada murid-murid cemerlang UPSR 2011. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Sham b. Mat Sahat ( ADUN Alor Pongsu ), Pn.Hjh Ommi Kalsom bt. Mohamad ( PPD Kerian ), Pegawai-pegawai dari PPD Kerian, guru-guru besar SR dalam Parlimen Bagan Serai dan ibu-bapa murid yang menerima anugerah pada hari ini. Majlis yang sama telah berlangsung semalam bagi Parlimen Parit Buntar.

No comments:

Post a Comment