Friday, December 30, 2011

Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai

SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 30 Disember 2011.
10 orang murid cemerlang UPSR 2011 SK Teluk Medan antara 139 murid yang diraikan dalam Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak Kawasan Parlimen Bagan Serai. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR lalu. Beliau turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu-bapa yang bertungkus-lumus demi kelangsungan kegemilangan anak-anak dalam pelajaran. Sebagai menghargai kegemilangan tersebut, Parlimen Bagan Serai dengan kerjasama PPD Kerian telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang saguhati kepada murid-murid cemerlang UPSR 2011. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Sham b. Mat Sahat ( ADUN Alor Pongsu ), Pn.Hjh Ommi Kalsom bt. Mohamad ( PPD Kerian ), Pegawai-pegawai dari PPD Kerian, guru-guru besar SR dalam Parlimen Bagan Serai dan ibu-bapa murid yang menerima anugerah pada hari ini. Majlis yang sama telah berlangsung semalam bagi Parlimen Parit Buntar.

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1/2012



SKTM 30 Disember 2011.
Majlis Pendaftaran Prasekolah dan tahun 1 sesi 2012 bermula mulai jam 8.30 pagi. Dalam majlis tersebut, ibu-bapa murid ditaklimatkan beberapa perkara berkaitan bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan sekolah dan program kecemerlangan akademik sesi 2012. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM dan En.Yusof Jamaluddin, PK Hal Ehwal Murid. Pada sesi hari ini juga, murid-murid tahun 1 diberikan ujian pradiagnostik bagi mengenalpasti kemahiran 2M yang telah dan belum dikuasai oleh murid. Keputusan daripada ujian tersebut dapat membantu guru untuk memilih kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Sebelum bersurai, guru-guru dijemput menghadiri majlis kesyukuran keluarga Aisyah Adila dan Nur Afifah Aziz, murid tahun enam 2011. Terima kasih daun keladi. Semoga berkat berpanjangan.
(lihat foto)

Tuesday, December 27, 2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012

SKTM Selasa 27 Disember 2012.
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2012 berlangsung seperti dirancangan mulai jam 8.30 pagi. Ucapan guru besar SKTM, Ustaz Mohamad Shah Ramli membuka tirai mesyuarat. Dalam ucapan sulungnya, beliau menjelaskan beberapa isu berkaitan SBPA dan perancangan sekolah bagi tahun 2012 di samping mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2011. Antara lain yang dibentangkan ialah senarai nama dan peranan jawatankuasa tertentu bagi tahun 2012. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran dua warga SKTM yang baharu iaitu En.Shahrilzal b. Jani (BI) dan Pn.Syarifah Norhayati bt. Syed Abidin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Sunday, December 25, 2011

Thursday, December 22, 2011

TIPS AMALAN TERBAIK GURU

OPSYEN SBPA


SKTM Khamis 22.12.2011
Setelah lebih sebulan tidak bersua muka, hari ini warga SKTM bertemu kembali dalam majlis menandatangani opsyen SBPA mulai jam 8.00 pagi. Sebelumnya, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan taklimat ringkas berkaitan skim SBPA bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan skim berkaitan yang akan berkuatkuasa Januari 2011.

Monday, December 19, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SEMUA KAKITANGAN SK TELUK MEDAN DIMINTA HADIR UNTUK MENANDATANGANI OPSYEN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
Tarikh : 22.12.2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
( lihat perkeliling )

PENGEDARAN BUKU TULIS 2012


SKTM Isnin 19 Disember 2011.
Bagi melincinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran hari pertama persekolahan pada 4 Januari 2012 nanti, buku-buku tulis mula diedarkan kepada ibu-bapa murid SKTM mulai hari dan akan berlangsung selama 3 hari. Proses pengedaran buku tulis 2012 dikendalikan oleh Pn.Minah Ismail dan Pn.Aminah Ahmad Tasir.

Monday, December 5, 2011

STANDARD GURU MALAYSIA




10 MUHARAM

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Terdapat banyak amalan sunat dan kelebihannya yang diperihalkan oleh ulamak berkaitan hari Asyura. Namun kesimpulannya semua amalan tersebut perlu dilakukan secara istiqamah bukanlah semata-mata pada hari Asyura sahaja demi menuntut keredaan-Nya.