Tuesday, February 28, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SR KERIAN 2012


SM VOKASIONAL KERIAN Selasa 28.02.2012.
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 berakhir hari ini dengan keputusan luar jangkaan apabila pasukan Kelompok 6 Kerian menggondol pingat emas bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu bagi kategori berpasukan dan kategori regu. Manakala pasukan Kelompok 7 Kerian pula menduduki tempat ke-2 bagi kedua-dua kategori tersebut. Majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 disempurnakan oleh Tn.Hj.Abd Wahid b. Ramli, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan dan regu yang berjaya dalam kejohanan tersebut dan berharap pemain yang dipilih untuk mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri nanti akan menunjukkan aksi yang cemerlang demi nama baik daerah Kerian. Beliau turut menyatakan kepentingan kokurikulum terhadap perkembangan individu disamping kecemerlangan dalam bidang akademik. Antara lain, beliau turut memberikan beberapa tips bagi mencapai kecemerlangan iaitu perlaksanaan Kaedah 4S ( Skill,Strategy,Support,Speed ). Sebelumnya, En.Mohamad Shah b. Ramli selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan kejohanan tersebut. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 tamat pada jam 5.30 petang.
( lihat foto )

No comments:

Post a Comment