Thursday, April 12, 2012

CATUR DAERAH KERIAN 2012

SKTM Jumaat 21 Rabiulawal 1433H.
Penubuhan Kelab Catur SKTM dan penyertaan semula SKTM dalam kejohanan berkenaan tidak sia-sia apabila 2 orang murid SKTM mendapat tempat teratas pada Kejohanan Catur Bawah 12 Tahun daerah Kerian baru-baru ini. Adik Muhammad Arif Wafi ( 12 tahun ) telah mendapat tempat pertama manakala adiknya Muhammad Izham Wafi ( 8 tahun ) mendapat tempat ke-4 pada kejohanan tersebut sekaigus akan mewakili daerah Kerian ke kejohanan peringkat negeri yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini. Kelab Catur SKTM dibimbing oleh Cikgu Syarifah Norhayati yang juga ibu kepada adik Muhammad Arif dan Muhammad Izham. Tahniah diucapkan. Seluruh warga SKTM mendoakan agar ke dua peserta mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment