Wednesday, May 16, 2012

HARI GURU 2012


SKTM Rabu 16 Mei 2012.
Hari Guru SK Teluk Medan 2012 disambut penuh meriah. Meskipun hujan turun pada awal pagi namun alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG dan Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Turut diperdengarkan ialah bacaan Perutusan Hari Guru Ketua pengarah Pelajaran Malaysia. Antara acara yang dilangsungkan ialah Ikrar Guru Malaysia, nyanyian lagu Guru Malaysia, pertandingan bola tampar, pertandingan menghias kek, bowling buah kelapa dan persembahan murid iaitu persembahan koir dan action song. Pada majlis sambutan Hari Guru 2012 juga, Tn.Hj.Darham b. Bakri turut menyempurnakan perasmian gelanggang bola tampar SKTM yang baru dibina awal minggu ini. Bola tampar akan menjadi satu lagi permainan alternatif murid SKTM bagi program 1Murid 1Sukan dan bakal menggegarkan arena sukan tersebut apabila mula menyertai pertandingan berkenaan pada MSSPk. Majlis sambutan diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTM yang menjayakan sambutan Hari Guru 2012. Guru Innovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. ( galeri foto )

No comments:

Post a Comment