Monday, July 16, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SMKA KERIAN


SMKA KERIAN Isnin 16 Julai 2012.
Seramai 45 murid tahun 6 yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Pertengahan Tahun 2012 diberi peluang untuk menyertai lawatan sambil belajar Kerian ke SMKA Kerian. Peserta rombongan tersebut dijemput oleh kenderaan rasmi SMKA Kerian pada jam 9.00 pagi. Acara lawatan dimulai dengan ceramah motivasi yang disampaikan sendiri Tuan Pengetua SMKA Kerian, Encik Radzi b. Ismail. Dalam ceramahnya, beliau memberikan beberapa tips untuk menjadi murid yang cemerlang disamping mendedahkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh pelajar SMKA Kerian sebagai motivasi kepada murid-murid tahun 6 SK Teluk Medan yang menyertai rombongan. Turut menyertai rombongan tersebut ialah guru besar SKTM, Guru Bimbingan dan guru-guru tahun 6. Dalam ucapannya, guru besar SKTM mewakili seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan ribuan terima kasih atas pelawaan dan layanan yang diberikan kepada peserta rombongan serta berharap agar lawatan tersebut akan menjadi motivasi kepada murid tahun 6 untuk menempa kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti. Peserta rombongan turut dibawa melawat ke seluruh kawasan SMKA Kerian untuk mengenali dan merasai kehidupan di sekolah berasrama penuh. Akhir rombongan, para peserta diberi peluang untuk makan tengahari bersama pelajar-pelajar SMKA Kerian di dewan makan asrama. ( lihat foto fb Sir Ash )

No comments:

Post a Comment