Tuesday, December 4, 2012

i-THINK

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, SK Teluk Medan telah dipilih sebagai sebuah sekolah daripada 1,000 buah dalam Program Perluasan i-THINK 2013. Seramai 3 orang guru daripada SKTM iaitu Cikgu Nor Azizan, Sir Ash dan Teacher Sharifah telah menghadiri kursus Ketua Pemandu i-THINK selama seminggu di Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment