Friday, November 18, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012



SKTM Jumaat 18.11.2011
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012 menjadi agenda utama hari terakhir sesi persekolahan 2011. Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012 disempurnakan oleh Ybhg.Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas Menteri Besar Perak yang mewakili kerajaan Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berharap agar wang bantuan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh ibu-bapa murid sebagai persediaan persekolahan anak-anak pada tahun 2012. Beliau juga berharap agar Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi meringankan tanggungan ibu-bapa tersebut tidak dipolitikkan. Menurutnya lagi, sudah menjadi tanggung jawab kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk membantu setiap lapisan rakyat terutamanya dalam soal pendidikan yang bakal melahirkan modal insan untuk negara. Pada majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan Hadiah Insentif Gemilang UPSR PIBG SKTM kepada 10 calon UPSR 2011 yang mendapat pangkat 5A dalam peperiksaan UPSR lalu. Calon UPSR yang mendapat 5A juga turut menerima hadiah peribadi daripada Ybhg. Dato' Zaili sendiri dan beberapa individu lain. Di bawah program bantuan khas tersebut, SK Teluk Medan menerima RM50,700 dan mula diagihkan kepada murid-murid tahun 1 hingga 5 selepas sesi taklimat diberikan. (foto-foto)

No comments:

Post a Comment