Friday, November 11, 2011

TARIKH KERAMAT


SKTM Jumaat 11.11.11
Ramai yang tertarik dengan angka 11.11.11 sehingga ada yang menamakan hari ini sebagai 'Tarikh Keramat'. Sebuah keluarga berhampiran tempat tinggal penulis mengadakan walimatul urus hari ini 11.11.11 dan jamuannya bermula jam 11.11 pagi. Namun bagi warga SKTM, aktiviti yang direncana berjalan seperti yang dirancang. Guru-guru mula mengeksplorasi perisian pembelajaran MBMMBI yang dipasang semalam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Akses Sekolah. Setiap perisian tersebut mengandungi 50 modul yang boleh diakses sendiri oleh murid bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. SK Teluk Medan dipilih sebagai sebuah sekolah rintis bagi program Makmal Bahasa MBMMBI yang akan diperluaskan secara berperingkat. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah SKTM mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 10.40 pagi. Guru-guru SKTM turut dijemput menghadiri jamuan tersebut. Apapun tarikh yang disebut-sebut sebagai tarikh keramat itu akan wujud setiap tahun." Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa " maksud Al-quran.

No comments:

Post a Comment