Sunday, September 8, 2013

MAJLIS MOHON RESTU CALON UPSR 2013




SKTM Isnin 09.09.2013.
Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2013 mengisi perhimpunan rasmi mingguan. Majlis dimulakan dengan ucapan guru bertugas mingguan Pn.Haslila bt. Aminuddin dan diikuti dengan ucapan wakil calon UPSR 2013 adik Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin. Pada majlis tersebut juga, muid-murid tahun 6 yang merupakan calon UPSR 2013 menerima sumbangan alat tulis daripada Unit Kokurikulum SKTM sebagai tanda kebersamaan guru-guru dan murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR yang akan bermula esok 10 September 2013. Majlis diakhiri dengan ucapan En.Mohd Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM. Dalam ucapannya, beliau mewakili semua warga SKTM mengharapkan agar calon UPSR 2013 akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan yang akan bermula esok serta mendoakan agar semua calon dimudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013. Sebelum bersurai, semua calon UPSR 2013 bersalaman dengan guru-guru bagi memohon restu serta doa kejayaan mereka.

No comments:

Post a Comment