Thursday, September 26, 2013

SUKANTARA TAHAP 1 KEJOHANAN OLAHRAGA 2013


SKTM Khamis 26.09.2013
Sukantara bagi murid tahap 1 dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Acara yang dilaksanakan ialah 100m bagi mengutip mata rumah sukan. Pada acara sukantara pertama ini, Rumah Merah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dengan kutipan mata sebanyak 41 mata manakala Rumah Kuning ketinggalan hanya 1 mata di belakang dengan memperoleh 40 mata. Sementara itu Rumah Biru mengutip 39 mata dan Rumah Hijau mengutip 37 mata. Persaingan sengit akan diteruskan apabila sukantara bagi murid tahap 2 akan berlangsung esok 27 September 2013.  Murid prasekolah turut membuat latihan bagi acara sukaneka yang akan berlangsung pada hari kejohanan nanti.
( lihat foto )

No comments:

Post a Comment