Friday, October 18, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1434H / 2013




SKTM 13 Zulhijjah 1434H / 18 Oktober 2013
Seramai 143 murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang Majlis Khatam Al-quran 1434H. Peserta khatam al-Quran diarak ke dewan sekolah dengan paluan kompang dan bunga manggar serta disambut oleh guru-guru dan ibu-bapa dengan renjisan bunga mawar. Sesi khatam Al-quran dipimpin oleh Ustaz Tn.Hj.Yazid b. Rumbali dan Ustaz Mohd Yusof Shouib. Majlis Khatam Al-quran 1434H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang telah khatam al-Quran dan berharap ianya akan menjadi perangsang kepada murid lain yang masih belum khatam al-Quran. Beliau turut berharap agar al-Quran bukan sahaja dibaca setiap hari malah isi kandungannya perlu dihayati serta diterjemahkan dalam penghidupan seharian. Majlis Khatam Al-quran 1434H merupakan acara tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKTM. Majlis diakhiri dengan jamuan nasi dan daging korban.

No comments:

Post a Comment