Thursday, October 10, 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA SK TELUK MEDAN KALI KE-13




SKTM Khamis 10.10.2013
Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13 berlangsung penuh gilang gemilang. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kejohanan oleh kontijen rumah sukan yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut. Perarakan lintas hormat diiringi oleh pasukan Bras Band SKTM yang beraksi julung kalinya semenjak ianya ditubuhkan 3 bulan lalu. Perasmian Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13 disempurnakan oleh YB Dato' Sham b. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua JK Kejohanan dan ibu-bapa yang menjayakan serta memberi sokongan sehingga terlaksananya Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-13. Beliau turut berharap selain daripada kurikulum, kegiatan kokurikulum turut dibangunkan demi kemajuan anak-anak didik SKTM. Menurutnya lagi kegiatan sukan yang dahulunya dipandang hanya sebagai satu kegiatan riadah, namun kini ianya mampu menjadi satu karier yang boleh memberi pendapatan yang lumayan kepada individu yang terlibat dengan memberi contoh beberapa pemain badminton dan bola sepak negara. Selain daripada acara balapan, ibubapa dan tetamu yang hadir turut berpeluang menyertai acara sukaneka seperti acara tarik tali dan hoki buah kelapa. Pada kejohanan tersebut, para penonton digemparkan apabila murid tahun 4 Mohd.Hafiz Idris dari Rumah Merah telah dicanang sebagai olahragawan 2013 manakala Nuraina Fariza dari Rumah Kuning dicanang sebagai olahragawati 2013. Pada kejohanan ini, Rumah Merah mengekalkan kejuaraan yang disandang pada tahun lalu. Tahniah warga SK Teluk Medan.

No comments:

Post a Comment