Sunday, September 9, 2012

AMANAT AKHIR UPSR 2012


SKTM Isnin 10 September 2012.
Pn.Noraini Ideros selaku guru bertugas mingguan dan En.Mohd.Yusof Jamaluddin, PK HEM menyampaikan amanat akhir kepada calon UPSR 2012 pada majlis perhimpunan mingguan pagi ini. Dalam ucapan mereka, kedua-dua guru tersebut berharap agar semua calaon akan mematuhi semua arahan yang diberikan serta berhati-hati ketika menjawab soalan UPSR nanti. En.Yusof Jamaluddin yang mewakili seluruh warga SKTM turut mendoakan agar calon UPSR 2012 dimudahkan Allah untuk menjalani UPSR yang akan bermula esok Selasa 11 September serta memperoleh kejayaan yang cemerlang. Sebelumnya, En.Yusof Jamaluddin telah menyampaikan kain rentang dan alat tulis yang disumbangkan oleh Kelab Rekreasi Sukan Bermotor Selingsing kepada guru Penyelaras Tahun 6 Pn.Amnah. Perhimpunan mingguan diakhiri dengan sesi bermaafan serta memohon restu antara murid tahun 6 dengan guru-guru SKTM. Selamat maju jaya. ( lihat foto )

No comments:

Post a Comment