Thursday, September 6, 2012

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR 2012



SKTM Khamis 6 September 2012.
Mulai jam 6.00 petang ibu-bapa, guru-guru dan murid tahun 6 sudah memenuhi ruang dewan SKTM bagi melaksanakan agenda Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2012. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas Ustaz Muhamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM dan diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Tn.Hj.Yazid b. Rumbali. Dalam ucapannya, Ustaz Muhamad Shah merasa terharu serta mengucapkan terima kasih atas komitmen ibu-bapa murid yang hadir pada majlis tersebut bagi mendoakan kejayaan anak-anak tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR mulai Selasa hadapan. Selepas solat Maghrib, jamaah yang hadir melaksanakan solat hajat memohon agar calon UPSR 2012 diberi kemudahan untuk menduduki peperiksaan UPSR seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Solat hajat dipimpin oleh Ustaz Yusof Shouib manakala majlis bacaan Yasin diketuai sendiri oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Semoga majlis yang dilaksanakan mendapat keberkatan daripada Allah. ( lihat foto )

No comments:

Post a Comment