Saturday, September 1, 2012

KEPUNG 3 UPSR 2012

SKTM Jumaat 31 Ogos 2012.
Cuti umum 31 Ogos yang bersambung Sabtu dan Ahad tidak dipersiakan begitu sahaja oleh guru-guru dan murid tahun 6. Selama 3 hari mereka berkampung di sekolah bagi melaksanakan ulangkaji sebagai persediaan menghadapi UPSR yang dihadapi mulai Selasa hadapan. Sementara itu, Yayasan Perak Darul Ridzuan telah menyumbang 3 buah TV plasma 42 inci bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran warga SKTM. TV tersebut akan menggantikan LCD yang digunakan sebelum ini. Sebagai permulaan, ketiga-tiga TV tersebut akan diletakkan secara kekal di kelas tahun 6. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Perak Darul Ridzuan. Sumbangan disampaikan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri yang mewakili Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas MB Perak yang tidak dapat hadir.

No comments:

Post a Comment