Monday, November 11, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN MURID TAHUN 6/2013





SKTM Isnin 11 Oktober 2013.
Jamuan Akhir Tahun Murid Tahun 6 merupakan program tahunan yang dilaksanakan sebelum meninggalkan alam sekolah rendah ke sekolah menengah. Program dianjurkan sendiri oleh murid-murid tahun 6 dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Bimbingan SKTM. Pada majlis jamuan tersebut, hari lahir semua murid tahun 6 diraikan serentak dengan sesi memotong kek hari lahir beramai-ramai. Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau berharap agar murid tahun 6 yang bakal meninggalkan SKTM akan menjaga maruah diri, keluarga, agama dan nama baik SKTM apabila berada di sekolah menengah nanti. Beliau juga berharap agar calon UPSR yang tidak mencapai target yang diharapkan tidak berputus asa untuk terus mengejar kejayaan serta menjadikan budaya menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan. Pada majlis tersebut juga, murid tahun 6 turut menyampaikan cenderamata kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas didikan yang  diberikan sepanjang berada di SKTM. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada murid tahun 6.

No comments:

Post a Comment