Thursday, November 14, 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, GRADUASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH 2013




SKTM Khamis 14 Oktober 2013 / 10 Muharam 1435H.
Majlis Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah SKTM disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohd.Musa b. Pajang Ali, YDP PIBG SK Teluk Medan. Majlis Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah SKTM merupakan acara tahunan bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid prestasi cemerlang dan murid tahun 6 yang bakal meninggalkan SKTM pada tahun berikutnya. Pada majlis tersebut, Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin telah dicanang sebagai Tokoh Murid 2013. Manakala Nur Husna Zainulhisyam sebagai Tokoh Akademik, Durra Afrina sebagai Tokoh Sahsiah, Ahmad Nur Amar Ahmad Jais sebagai Tokoh Kurikulum dan Siti Norhaniza Amin sebagai Shining Award. Majlis Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah SKTM turut diserikan dengan persembahan nyanyian anak-anak prasekolah, Kalam Jamae, Live Band dan Teater Muzikal ' Si-Tanggang '. Pada majlis tersebut juga, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM mengumumkan keputusan penuh UPSR 2013.

No comments:

Post a Comment