Monday, November 11, 2013

PERHIMPUNAN MINGGU AKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2013




SKTM Isnin 14 Oktober 2013.
Perhimpunan minggu akhir sesi persekolahan 2013 diisi dengan Penutupan Minggu ICT 2013. Majlis Penutupan Minggu ICT 2013 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dilaksanakan sepanjang Minggu ICT 2013. Selain itu, peserta Kem Keris Gangsa Pengakap Kanak-kanak Daerah Kerian turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh En.Mohd Sofian Ahmad, PK Kokurikulum SKTM manakala peserta Pertandingan Boling Tenpin MSSPk Daerah Kerian menerima hadiah berupa cenderamata. Pada perhimpunan akhir tahun tersebut juga, warga SKTM turut meraikan ulang tahun kelahiran Ustaz Mohamad Shah Ramli yang ke-48. Sambutan hari lahir warga SKTM merupakan antara pengisian Program Guru Penyayang yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment